v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemimpin Negara ASEAN Nyatakan Kesediaan untuk Tingkatkan Kerjasama dengan China
2006-10-31 10:58:36 CRI

Wartawan CRI melaporkan berita bahawa pemimpin negara-negara ASEAN ketika menyertai Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN di bandar Nanning China semalam menyatakan bahawa negara-negara ASEAN bersedia meningkatkan kerjasama yang menyeluruh dengan China.

Presiden Filipina dan juga negara pengerusi bergilir ASEAN, Gloria Macapagal Arroyo berkata bahawa hubungan ASEAN-China dijalinkan berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan; ASEAN penuh dengan keyakinan terhadap perkembangan hubungan kedua-dua pihak pada masa depan dan berharap hubungan rakan strategik dan hubungan berjiran baik yang lebih erat diwujudkan antara kedua-dua pihak.

Pemimpin negara-negara ASEAN yang lain juga masing-masing mengemukakan pendapat atau cadangan tentang masalah yang melibatkan ASEAN dan China bersama-sama memerangi jenayah, meningkatkan pertukaran lawatan kalangan rakyat dan meningkatkan kerjasama serantau.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |