Wartawan CRI melaporkan berita, iaitu jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang menyatakan di Nanning semalam bahawa China dan ASEAN akan terus meningkatkan kerjasama dalam bidang ketenteraan.
Demikian dinyatakan oleh Qin Gang dalam sidang akhbar yang diadakan selepas Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN. Katanya, China dan ASEAN mempunyai masalah yang menjadi perhatian kepentingan yang sama dalam masalah memelihara keselamatan dan kedamaian serantau ini. China dan ASEAN telah bersetuju meningkatkan kerjasama penjaminan keselamatan, termasuklah pasukan tentera kedua-dua pihak menjalankan pertukaran lawatan pelbagai peringkat dan menjalankan dialog tentang masalah pertahanan.
|