v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN ke-3 Diadakan di Nanning
2006-10-31 12:05:24 CRI

Wartawan CRI melaporkan berita bahawa Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN ke-3 telah diadakan di Nanning, Guangxi China hari ini. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan pemimpin negara-negara ASEAN termasuk Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dari negara pengerusi bergilir ASEAN telah menyertai upacara perasmian.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam upacara perasmian sidang tersebut menyampaikan ucapan sebagai berkata bahawa ekonomi dan perdagangan China dan ASEAN berkembang pesat dan telah mencapai hasil yang baik. Kedua-dua pihak akan meningkatkan skop perdagangan, mengeratkan kerjasama pelaburan dan terus meningkatkan taraf kerjasama ekonomi dan teknologi, berusaha untuk membina kawasan perdagangan bebas China-ASEAN yang bertaraf tinggi.


Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo berkata bahawa Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN merupakan platform yang baik, para pelabur dapat menjalankan rundingan dan bertukar-tukar pendapat dengan berhasil dan juga boleh mendorong hubungan rakan kerjasama yang bersifat strategik. Serentak dengan itu, sidang tersebut juga akan membolehkan negara di rantau ini menyertai kerjasama ekonomi dunia dengan lebih baik.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |