Menurut Agensi Berita Xinhua China, akhbar Sin Chew Jit Poh Malaysia mengeluarkan rencana pengarang hari ini yang amat menghargai Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Rakan Dialog China-ASEAN yang diadakan di Nanning China kelmarin, menganggap perasmian sidang itu menandakan mekanisme "10+1" ASEAN-China sedang berkembang dan akan melahirkan pengaruh besar terhadap perkembangan kawasan Asia-Pasifik pada masa depan.
Dinyatakan dalam rencana pengarang tersebut bahawa dasar pembaharuan dan buka pintu kepada luar serta pembangunan ekonomi China membolehkan ASEAN dan China menjalin hubungan rakan kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan, kerjasama itu telah menjadi contoh bagi kawasan lain.
Rencana pengarang itu berbunyi bahawa sidang kemuncak yang diadakan di Nanning bertema "kerjasama untuk menguntungkan bersama", ini mencerminkan China telah mempertimbangkan kepentingan ASEAN dan menegaskan akan menjalankan kerjasama dengan ASEAN untuk menguntungkan bersama.
|