Menurut berita CRI, Perdana Menteri Laos, Bouasone Bouphavanh, Perdana Menteri Myanmar, Soe Win dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi di Nanning, Guangxi China semalam telah menyatakan harapan mereka agar kerjasama ekonomi dan perdagangan antara ASEAN dengan China dapat dipertingkatkan dan Zon Perdagangan Bebas ASEAN-China dapat ditubuhkan dengan secepat mungkin.
Ketiga-tiga pemimpin negara ASEAN tersebut menyatakan sedemikian ketika menghadiri Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan ASEAN-China ke-3 semalam. Perdana Menteri Laos, Bouasone Bouphavanh menyatakan bahawa Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan ASEAN-China telah menyediakan satu platform yang baik bagi perkembangan hubungan dua hala. Pihak Laos akan terus berusaha untuk meningkatkan persekitaran pelaburan di samping mengambil lebih banyak dasar keutamaan bagi mendorong pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak. Perdana Menteri Myanmar, Soe Win menyatakan bahawa negara-negara ASEAN menggalakkan pelbagai perusahaan China melabur di ASEAN. Beliau berharap agar lebih banyak usahawan China dapat membuka perusahaan mereka di ASEAN. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyatakan bahawa pertukaran China dengan ASEAN telah meningkat dengan ketara pada masa ini. Beliau berharap agar kedua-dua pihak dapat terus berusaha untuk mendorong pembinaan Zon Perdagangan Bebas ASEAN-China di samping mempererat hubungan dua hala antara kedua-dua negara melalui peningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan.
|