v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Singapura: Kerjasama ASEAN-China Sedang Dipererat
2006-11-01 15:09:00 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, bersempena dengan Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun Ke-15 Penjalinan Hubungan Rakan Dialog China-ASEAN yang baru ditutup di Nanning, Guangxi China, rencana pengarang yang dikeluarkan dalam akhbar Singapura hari ini menyatakan bahawa kerjasama antara ASEAN dengan China sedang dipererat.

Rencana pengarang itu menyatakan bahawa dalam tempoh 15 tahun yang lalu, hubungan ASEAN-China telah berkembang kepada pewujudan kerjasama dalam pelbagai bidang daripada pembentukan mekanisme dialog pada awalnya. Dialog, kepercayaan dan kerjasama antara kedua-dua pihak sedang dipertingkatkan. Dalam tempoh 4 tahun akan datang, matlamat utama bagi ASEAN dan China adalah untuk menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas dan menjadikannya sebagai salah satu komuniti ekonomi yang paling dinamik dan berpotensi di dunia.

Rencana pengarang itu menjelaskan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, pelbagai jenis mekanisme yang saling mempercayai telah dibentuk antara China dengan ASEAN dan ini merupakan asas utama bagi penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |