Menurut berita CRI, Forum Wanita China-ASEAN yang berlangsung selama dua hari telah ditutup di Nanning, Guangxi China hari ini. Wakil pelbagai negara yang menghadiri forum itu telah mencapai kata sepakat tentang beberapa isu yang termasuk usaha mengambil tindakan untuk meningkatkan kemahiran dan taraf pekerjaan wanita di rantau ini, mengintensifkan pertukaran dan kerjasama antara wanita China dengan wanita ASEAN dan sebagainya.
Forum kali ini bertemakan "Tingkatkan Kerjasama Kaum Wanita dan Galakkan Pembangunan Bersama". Dalam forum itu, para peserta telah menandatangani "Perisytiharan Persahabatan Wanita China-ASEAN" yang menyatakan bahawa China dan pelbagai negara ASEAN dengan sebulat suara bersetuju untuk meningkatkan perkongsian maklumat dalam bidang pembangunan wanita, menubuhkan pusat latihan wanita di China dan negara-negara ASEAN, mendorong penyelenggaraan "Forum Usahawan Wanita China-ASEAN" di samping menggalakkan wanita supaya lebih banyak melibatkan diri dalam perkembangan perdagangan dan perusahaan.
|