Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Laos, Bouasone Bouphavanh ketika diwawancara di Nanning, Guangxi China hari ini menyatakan bahawa Laos dan China harus mempererat hubungan perdagangan dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang pelancongan, latihan tenaga profesional dan lain-lain mempunyai prospek yang cerah.
Beliau berkata, Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun Ke-15 Penjalinan Hubungan Rakan Dialog China-ASEAN yang baru berakhir itu bukan sahaja telah menyimpulkan hubungan negara-negara ASEAN dengan China dalam tempoh 15 tahun yang lalu, bahkah juga telah menunjukkan arah tuju bagi kerjasama kedua-dua pihak pada masa hadapan.
|