Menurut Agensi Berita Xinhua China, Puteri Brunei Darussalam, Hajah Masna dalam Forum Wanita China-ASEAN yang diadakan semalam menyatakan bahawa usaha mempererat pertukaran dan kerjasama antara wanita China dengan wanita ASEAN akan meningkatkan kedudukan kaum wanita dalam bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Usaha itu juga akan mendorong pewujudan kedamaian dan pembangunan di rantau Asia Timur.
Beliau berkata, dalam tempoh 15 tahun yang lalu sejak China dan ASEAN memulakan pertukaran dan kerjasama, keadaan kesihatan ibu dan bayi di China dan pelbagai negara ASEAN telah dibaiki, jangka hayat wanita telah dipanjangkan dan tahap wanita melibatkan diri dalam penyelenggaraan urusan sosial juga telah meningkat dengan ketara.
|