v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Abdullah: Pembangunan China Merupakan Peluang bagi Negara-negara ASEAN
2006-11-01 15:14:10 CRI

Wartawan CRI melaporkan berita, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan di Nanning China semalam bahawa pembangunan China merupakan peluang bagi negara-negara ASEAN.

Abdullah dalam sidang akhbar semalam berkata:

"Malaysia tetap menganggap bahawa kenyataan tentang China merupakan ancaman adalah salah, pembangunan China ialah peluang bagi negara-negara ASEAN. Pada tempoh 15 tahun yang lalu, hubungan ASEAN-China terus berkembang dan mendatangkan keuntungan yang sebenar kepada kedua-dua pihak, peluang kerjasama kedua-dua pihak akan semakin meningkat pada masa depan."

Abdullah juga amat menghargai hubungan dua hala Malaysia-China sekarang. Katanya, pertemuannya dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao pada 30 Oktober lalu bersifat membina, kedua-dua pihak telah mencapai pandangan yang sama tentang peningkatan hubungan dua hala serta menetapkan bidang kerjasama utama termasuk kerjasama sumber tenaga.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |