Menteri Tenaga Manusia Singapura Dr Ng Eng Hen semalam menyatakan bahawa Singapura akan mencapai rekod baru tahun ini dalam bidang jumlah pekerjaan baru.
Beliau mendedahkan bahawa jumlah pekerjaan yang diwujudkan dalam sembilan bulan pertama tahun ini telah melebihi 123,000 buah.
Jumlah pekerjaan telah mencapai 113,300 buah pada tahun yang lalu, angka itu paling tinggi sejak 1997.
Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi yang baik dalam beberapa tahun lalu membantu bagi mencapai rekod baru pekerjaan dengan sebahagian besar pekerjaan disumbangkan oleh sektor khidmat.
Memandang ke masa depan, Dr Ng berkata perangkaan itu membayangkan pekerjaan dalam suku pertama tahun depan akan terus mantap.
Beliau membuat ulasan itu serentak dengan pendedahan perangkaan awal laporan pasaran buruh bagi suku ketiga oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
|