Ekspo China-ASEAN Ketiga selama 4 hari telah dirasmikan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada 31 Oktober lalu. Sejak Ekspo China-ASEAN Kedua yang diadakan pada tahun lepas, aktiviti pemilihan "Bandar Menarik" mula dianjurkan oleh ekspo tersebut bagi mempromosikan keunggulan bandar-bandar di pelbagai negara ASEAN dan China dalam bidang perdagangan, pelancongan, pelaburan, teknologi, pendidikan kebudayaan dan lain-lain, agar mendorong kerjasama antara pelbagai bandar. Putrajaya merupakan bandar yang dikemukakan oleh pihak Malaysia untuk menyertai aktiviti "Bandar Menarik" dalam Ekspo China-ASEAN Kedua pada tahun lalu. Manakala, George Town telah dicalonkan oleh Malaysia sebagai "bandar menarik" dalam Ekspo China-ASEAN Ke-3 kali ini.
Di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning, pemberita kami telah menemui ramai pengunjung dari pelbagai tempat China yang melawat pavilion Malaysia.
Di kaunter promosi sumber pelancongan Pulau Pinang, pegawai dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Encik Tamsir Rizal sedang memperkenalkan peralatan perkahwinan tradisi Melayu kepada pengunjung dari Bandar Ningbo China, Encik Lou.
Menurut Encik Tamsir Rizal, kebanyakan pengunjung China berminat pada kebudayaan di Malaysia, terutamanya budaya Melayu dan India.
Ketika ditanya alasannya mereka berminat pada pameran Malaysia, Encik Lou daripada Biro Promosi Taman Teknologi Tinggi Ningbo menjelaskan, setiap negara di Asia Tenggara adalah misteri, maka beliau juga ingin mengetahui lebih banyak tentang kebudayaan Malaysia. Beliau menambah bahawa: "Terdapat banyak perusahaan swasta di Ningbo, mereka juga ingin meneroka pasaran di negara-negara ASEAN. Kami ingin mendapat lebih banyak maklumat mengenai dasar dan keutamaan bagi perusahaan China yang menjalankan urus niaga di negara-negara ASEAN. Saya akan membawa balik buku-buku panduan daripada pameran ini untuk memperkenalkan situasi di negara-negara ASEAN. Yang pertama sekali, kami tertarik oleh produk dan kebudayaan negara-negara ASEAN."
Pavilion Brunei Darussalam yang berhampiran dengan pavilion Malaysia juga mendapat sambutan yang baik daripada para pengunjung dari China.
Dalam ekspo kali ini, Bandar Seri Begawan merupakan City of Charm Brunei Darussalam. Yang paling menarik perhatian ramai dalam pameran Brunei kali ini ialah 20 bekas tembikar replika tiruan kapal China abad ke-17 yang tenggelam dalam perairan Brunei.
Puan Siti Abidah telah menjelaskan sebabnya pihak Brunei memilih bekas tembikar replika kuno itu.
Antara 11 City of Charm dalam ekspo kali ini, termasuk juga Bandar raya Shanghai, salah sebuah bandar yang ekonominya maju di China..
Manakala, bagi Encik Tamsir Rizal dan Puan Siti Abidah, Shanghai merupakan bandar yang paling menarik di antara 11 City of Charm tersebut.
Selain Shanghai, George Town dan Bandar Seri Begawan, City of Charm yang lain dalam ekspo kali ini termasuklah Bandar Singapura dari Singapura, Bohol dari Filipina, Phnom Penh dari Kemboja, Semarang dari Indonesia, Vientiane dari Laos, Bagan dari Myanmar, Khon Kaen dari Thailand, dan Ho Chi Minh dari Vietnam. Setiap bandar tersebut punya keunikan sendiri.
|