v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ekspo China-ASEAN Ke-3 Ditutup
2006-11-03 18:58:15 CRI

Menurut berita CRI, Ekspo China-ASEAN ke-3 telah ditutup di Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China hari ini. Jumlah dagangan dalam ekspo kali ini bernilai 1.27 bilion dolar Amerika, meningkat 10.2% berbanding tahun lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Ekspo China-ASEAN merangkap Timbalan Pengerusi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Li Jinzao dalam sidang akhbar yang diadakan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 132 projek kerjasama ekonomi yang bernilai 5.85 bilion dolar Amerika telah ditandatangani dalam ekspo kali ini, meningkat 10.5% berbanding tahun lalu. Beliau menambah bahawa Ekspo China-ASEAN ke-3 dan Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perdagangan China-ASEAN ke-3 telah mendorong kerjasama China-ASEAN dan menegaskan matlamat kerjasama kedua-dua pihak pada masa depan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |