Menurut Agensi Berita Xinhua China, profesor daripada Universiti Nankai China, Li Luoli menyatakan baru-baru ini bahawa peningkatan kerjasama serantau di Pan-Teluk Beibu bukan sahaja telah mempererat hubungan China-ASEAN, tetapi juga akan mewujudkan suasana yang menguntungkan kepada semua pihak yang terlibat.
Gagasan "Kerjasama Serantau di Pan-Teluk Beibu" yang dikemukakan oleh kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada tahun 2006 telah meluaskan skopnya kepada Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Negara Brunei Darussalam daripada kawasan kerjasama ekonomi lingkaran Teluk Beibu yang terdiri daripada Guangxi, Provinsi Guangdong, Hainan serta beberapa provinsi Vietnam.
Kini, kerjasama serantau di Pan-Teluk Beibu telah disenaraikan ke dalam strategi pembangunan negara China.
Pakar berpendapat bahawa pihak China boleh menggunakan peluang tersebut untuk mendorong proses pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN agar menyertai kerjasama dan persaingan ekonomi sedunia.
|