Menurut Agensi Berita China, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Pengangkutan Jalan Raya Provinsi Yunnan China, Liu Jin'an menyatakan di Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan semalam bahawa kerajaan Provinsi Yunnan akan berusaha untuk menandatangani perjanjian tentang pengangkutan kenderaan dengan Myanmar pada tahun ini. Hal ini bermakna bahawa laluan pengangkutan antarabangsa ada harapan dibuka antara China dengan Myanmar.
Menurut Liu Jin'an, walaupun butir-butir tentang pembukaan laluan pengangkutan antarabangsa China-Myanmar masih perlu dibincangkan, namun pelbagai syarat telah disediakan.
Statistik berkenaan menunjukkan bahawa Myanmar telah menggantikan Hong Kong dan menjadi rakan dagangan terbesar bagi Provinsi Yunnan China pada tahun 2006.
|