Menurut Agensi Berita China, Presiden Indoensia, Susilo Bambang Yudhoyono pada 28 Februari yang lalu di Jakarta menegaskan bahawa interaksi kebudayaan antara Indonesia dengan China amat penting. Adat resam China termasuk tarian naga, Tahun Baru China Capgome dan lain-lain bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Cina, namun juga merupakan perayaan yang disambut bersama oleh pelbagai kaum di Indonesia.
Malam Gembira Sambutan Ulang Tahun ke-50 Kerjasama Kebudayaan Indonesia-China yang dianjurkan bersama oleh Duta Besar Indonesia ke China dan Duta Besar China ke Indonesia telah diadakan di Jakarta pada 28 Februari yang lalu. Seramai beberapa beribu-ribu orang tetamu termasuk Speaker Dewan Rakyat Indonesia, menteri-menteri Indonesia serta duta besar pelbagai negara ke Indonesia telah menghadiri aktiviti tersebut.
Susilo Bambang Yudhoyono dalam malam gembira tersebut telah menyampaikan ucapan yang menegaskan bahawa pertukaran kebudayaan telah menjadi cara yang penting bagi Indonesia dan China untuk meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.
|