v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menteri Luar ASEAN Capai Kata Sepakat tentang Penggubalan Piagam ASEAN
2007-03-03 16:34:48 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, media Kemboja melaporkan bahawa Menteri Luar pelbagai negara ASEAN telah mencapai kata sepakat tentang prinsip utama penggubalan piagam ASEAN dalam Sidang Menteri Luar Tahunan yang diadakan di Siemreab Kemboja semalam. Kumpulan kerja berkaitan akan merangka draf piagam dan menyerahkan draf tersebut kepada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Singapura pada November tahun ini untuk dibincangkan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam Pham Gia Khiem semalam berkata kepada pihak media bahawa dalam sidang yang berlangsung selama dua hari itu, Menteri Luar negara-negara anggota ASEAN telah mencapai kata sepakat tentang prinsip utama penggubalan Piagam ASEAN.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri luar Kemboja Hor Nam Hong menyatakan harapan bahawa draf Piagam ASEAN dapat diluluskan dengan lancar dalam Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |