v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Strategi Banteras Jenayah Di Sempadan Sarawak Malaysia Dan Kalimantan Indonesia
2007-03-08 15:16:44 CRI

Pesuruhjaya Polis Sarawak Malaysia Datuk Talib Jamal hari ini di Kuching menyatakan bahawa pihak polis Malaysia dan Indonesia khususnya di Sarawak dan Kalimantan Barat bersetuju meningkatkan kerjasama bagi membanteras jenayah di kawasan sempadan kedua-dua negera itu.

Demikian dikatakan oleh beliau selepas merasmi mesyuarat agung tahunan Persatuan Isteri dan Keluarga Polis (Perkep) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Talib Jamal berkata bahawa pihak polis Malaysia dan Indonesia bersetuju mengongsi maklumat mengenai penjenayah, mengadakan latihan bersama dengan polis yang ditempatkan di kedua-dua kawasan sempadan. Selain itu, ketua-ketua jabatan masing-masing juga akan mengadakan perjumpaan yang lebih kerap untuk membolehkan pelbagai masalah diselesaikan dengan cepat.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |