v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Najib Tun Razak: Peningkatan Perbelanjaan Pertahanan China Tidak Mengganggu Ketenteraman dan Kestabilan Serantau
2007-03-08 16:17:03 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Malaysia Najib Tun Razak yang sedang melawat Jepun menyatakan semalam bahawa peningkatan perbelanjaan pertahanan China selaras dengan pembangunan ekonominya dan tidak akan mengganggu ketenteraman dan kestabilan serantau.

Beliau menyatakan semasa menjawab pertanyaan setelah menyampaikan ucapan yang bertema "Membina Persekitaran Keselamatan Asia Timur secara Menyeluruh" di Tokyo bahawa belanjawan perbelanjaan pertahanan China pada tahun ini meningkat 17.8% berbanding tahun lalu, dan ini selaras dengan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi China. Beliau berpendapat bahawa China akan terus menumpukan perhatian terhadap pembangunan ekonomi pada masa depan. Rantau Asia-Pasifik dan negara-negara lain tidak perlu khuatir tentang peningkatan perbelanjaan pertahanan China, sebaliknya harus mengadakan interaksi dan kerjasama dengan China.

Najib Tun Razak tiba di Jepun pada 5 Mac lalu untuk mengadakan lawatan rasmi ke Jepun selama 4 hari. Selepas lawatannya ke Jepun, beliau akan melawat Republik Korea.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |