v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tiket untuk Sukan Olimpik Beijing 2008 Mula Dijual di Seluruh Dunia

2007-04-16 15:52:40 CRI

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan sidang akhbar tentang jualan tiket sukan Olimpik Beijing 2008 semalam. Jawatankuasa tersebut mengumumkan bahawa tiket untuk sukan Olimpik Beijing 2008 telah mula dijual di seluruh dunia.

Naib Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Wang Wei telah mengumumkan cara jualan tiket tersebut. Bermula semalam, sejumlah 7 juta tiket untuk sukan Olimpik Beijing 2008 mula menerima tempahan. 75% daripada 7 juta tiket tersebut akan dijual di China dan 25% tiket lagi akan dijual di seberang laut. Encik Wang Wei berkata: "Rakyat China boleh melayari laman web Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing tentang hal ehwal tiket, iaitu http://tickets.beijing2008.cn atau menempah tibet tersebut melalui 1000 buah cawangan Bank China di seluruh China. Penonton di seberang laut termasuk perantau China atau orang Cina di seberang laut boleh menempah tiket tersebut melalui Jawatankuasa Olimpik di negara itu. Talian panas Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing tentang hal ehwal tiket 010-952008 telah diwujudkan."

Selain itu, penduduk di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Wilayah Pentadbiran Khas Makau boleh mengemukakan permohonan untuk menempah tiket Sukan Olimpik Beijing 2008 melalui Jawatankuasa Olimpik Hong Kong dan Majlis Pembangunan Sukan Makau. Penduduk Taiwan boleh menempah tiket melalui Jawatankuasa Olimpik Taipei. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing sedang mengadakan perbincangan dengan lebih 200 anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tentang kadar pembahagian tiket tersebut.

Jualan tiket untuk Sukan Olimpik Beijing 2008 dibahagikan kepada 3 tahap. Bermula pada masa sekarang hingga bulan September tahun ini merupakan tahap yang pertama. Penonton boleh mengemukakan permohonan untuk menempah tiket tersebut bermula pada 15 April yang lalu hingga 30 Jun akan datang. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing akan membuat statistik tentang tempahan tersebut pada bulan Julai hingga Ogos akan datang. Kalau jumlah tempahan tiket untuk sesuatu pertandingan lebih tinggi berbanding dengan jumlah tiket pertandingan itu, maka Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing akan mengadakan pemilihan secara rawak bagi menentukan pemilik tiket itu.

Bermula pada bulan Oktober hingga bulan Disember tahun ini merupakan tahap jualan kedua, dan bermula pada bulan April tahun 2008 hingga Sukan Olimpik berakhir merupakan tahap ketiga. Jualan tiket dalam tempoh kedua-dua tahap tersebut ditetapkan menurut waktu tempahan. Sesiapa yang menempah lebih awal, mereka akan memperoleh tiket tersebut. Pegawai Pusat Hal Ehwal Tiket Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Rong Jun berkata:

"Sesiapa yang menempah tiket lebih awal, beliau akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk memperoleh tiket tersebut. Saya mencadangkan bahawa penonton menempah tiket pada tahap yang pertama dan tahap kedua."

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing akan menggunakan teknologi yang canggih seperti cip elektronik untuk mencegah tiket palsu. Membeli tiket melalui cara yang rasmi amat penting bagi penonton. Encik Rong Jun berkata:

"Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing akan menggunakan teknologi yang canggih untuk mencegah pemalsuan tiket. Kos pembuatan tiket palsu akan agak tinggi. Kami mencadangkan para penonton membeli tiket tersebut melalui cara yang rasmi."

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing akan menyediakan kuota untuk menjual tiket kepada pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah serta atlet belia.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |