v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

ASEAN Perlu Merapatkan Kerjasama dengan China bagi Pembangunannya

2007-07-19 14:29:56 CRI

Menurut berita CRI, tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 penubuhnan ASEAN dan ulang tahun ke-10 penjalinan kerjasama negara Asia timur. ASEAN telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pembangunan bersama selama 40 tahun ini dan merupakan kekuatan penting bagi menggalakkan kedamaian dan pembangunan Asia bahkan seluruh dunia. Bekas Setiauaha Agung ASEAN Rodolfo Severino berkata bahawa ASEAN telah membuat sumbangan yang besar bagi meningkatkan kedamaian dan kestabilan serantau sejak ditubuhkan selama 40 tahun ini, antaranya termasuk Asia Tenggara bahkan serantau Asia timur. ASEAN telah menEtapkan sistem perbincangan menerusi dialog yang membolehkan persengketaan pelbagai negara dapat diselesaikan melalui cara damai dan bukannya melalui kekuatan senjata. Perjanjian Kerjasama Persahabatan Asia Tenggara telah ditandatangani oleh ASEAN.

Berdasarkan perjanjian itu hubungan persahabatan telah terjalin di antara pelbagai negara, persengketaan telah diselesaikan secara damai dan tidak mencampuri urusan dalaman antara satu sama lain di samping mematuhi undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB. Rodolfo Severino berkata bahawa Pewujudan integrasi ekonomi bertujuan untuk membanteras halangan perdagangan serantau dan bekerjasama dalam dasar ekonomi. Kami akan membentuk sebuah pasaran serantau untuk menarik lebih banyak pelabur.

Negara pengerusi bergilir ASEAN akan diambil alih oleh Singapura pada bulan Ogos tahun ini. Beliau berkata bahawa kami berharap agar Singapura dapat memainkan peranan secara positif bagi membolehkan ASEAN memainkan peranan yang lebih penting dalam urusan antarabangsa. Singapura juga akan menggalakkan dan mempercepat pelaksanaan integrasi ekonomi serantau. Selain itu, Singapura turut akan meningkatkan secara berterusan kerjasama antara pelbagai negara anggota bagi membaiki alam sekitar, membanteras jenayah transnasional, keganasan antarabangsa, penyeludupan dadah dan lain-lain.Akhir sekali, pengenaan dan hala tuju ASEAN perlu diketahui oleh rakyat pelbagai negara anggota, lebih-lebih pelajar syupya mereka mempunyai kefahaman yang jelas tentang ASEAN dan lain-lain.

Beliau berkata bahawa kami menghargai China yang sentiasa mengakui peranan utama ASEAN dalam pelbagai perkara, China telah memberi banyak bantuan kepada ASEAN. China menjalinkan hubungan yang rapat dengan ASEAN. China telah mengadakan kerjasama yang berkesan dalam pelbagai bidang dengan pelbagai negara Asia tenggara dan pertubuhan ASEAN. Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN telah meningkat secara besar-besaran pada masa sekarang, Perjanjian Perdagangan Barangan, Perjanjian Perdagangan Perkhidmatan, khususnya Perisytiharan Tindakan Pelbagai Pihak Laut China Selatan telah ditandatangani.

Beliau berkata bahawa pertama, kepercayaan antara satu sama lain akan ditingkatkan dan tidak menyifatkan pihak lain sebagai ancaman. Kedua, perdagangan antara China dengan ASEAN adalah sama rata. Ketiga, China perlu meyakinkan pelbagai negara ASEAN bahawa China akan mengambil tindakan untuk melindungi alam sekitar.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |