v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Forum Serantau ASEAN ke-14 Memberi Perhatian kepada Situasi Keselamatan Serantau

2007-08-03 15:42:42 CRI

Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-14 telah dirasmikan di Manila, Filipina semalam. Topik-topik seperti pengawalan nuklear, penanganan ancaman keganasan, masalah keselamatan dan lain-lain telah menjadi fokus utama forum kali ini.

ARF yang ditubuhkan pada tahun 1994 merupakan pertubuhan yang terbesar dan berpengaruh bagi negara-negara di kawasan Asia Pasifik untuk mengadakan dialog politik. Forum itu telah menyediakan satu platform kepada pelbagai negara anggota bagi mengadakan dialog dan perbincangan, menjalin hubungan yang saling mempercayai untuk mengurangkan ancaman keselamatan serantau. Setakat ini, bilangan anggota forum itu telah mencapai 27 negara, termasuk 10 negara ASEAN, China, A.S., Rusia, Australia dan lain-lain.

Dalam forum kali ini, para peserta telah menyanjung tinggi peranan yang dimainkan oleh rundingan 6 pihak bagi menggalakkan penyelesaian masalah nuklear Semenanjung Korea secara damai dan memelihara kestabilan dan kedamaian semenanjung itu. Para peserta juga akan menandatangani kenyataan bersama selepas forum itu sebagai mengalu-alukan tindakan DPRK yang menutup kemudahan nuklearnya di Yongbyon. Para peserta berpendapat bahawa walaupun situasi nuklear Semenanjung Korea menjadi kian baik sejak akhir-akhir ini, namun persaingan senjata nuklear dan ancaman daripada kumpulan pengganas yang memperoleh bekalan senjata nuklear masih wujud, maka pelbagai negara anggota perlu mengambil tindakan pencegahan yang berkesan.

Para peserta juga telah memutuskan untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan memberi lebih banyak perhatian terhadap pelaksanaan "Konvensyen Antikeganasan ASEAN" bagi memelihara keselamatan dan kestabilan serantau. Ancaman keganasan memang wujud di rantau ASEAN sejak sekian lama, terutamanya kumpulan pengganas "Jemaah Islamiyah" di Indonesia dan kumpulan bersenjata "Abu Sayyaf" di Filipina. Kedua-dua kumpulan tersebut pernah melancarkan pelbagai senyerangan keganasan. Berdasarkan maklumat perisikan, kedua-dua kumpulan itu sedang merancang untuk melancarkan serangan dari laut. Maka, situasi antikeganasan di rantau Asia Tenggara masih serius.

Selain situasi keselamatan serantau, para peserta juga telah mengadakan rundingan tentang cara untuk menegakkan konsep baru demi meningkatkan kerjasama keselamatan serantau. Menteri Luar China, Yang Jiechi telah menjelaskan pendirian pihak China tentang situasi rantau Asia Pasifik, kerjasama dan dialog keselamatan serantau dan lain-lain. Beliau berkata, kedamaian, pembangunan dan kerjasama tetap merupakan perkara yang menjadi kepentingan bersama di rantau Asia-Pasifik pada tahun yang lalu. Namun, rantau ini masih menghadapi pelbagai cabaran. Berdasarkan kefahaman terhadap perang dingin, usaha untuk mengembangkan kuasa ketenteraan telah menjejaskan hubungan saling mempercayai antara negara-negara berkenaan. Beliau mencadangkan pelbagai negara supaya perlu menegaskan mempunyai konsep keselamatan yang baru demi meningkatkan kerjasama dalam memelihara keselamatan serantau.

Pelbagai negara ARF juga telah memutuskan untuk mengambil tindakan konkrit bagi menangani pelbagai masalah keselamatan serantau. China, Jepun dan Republik Korea telah mencapai persetujuan untuk memberi sokongan padu kepada ASEAN dalam menangani penyakit berjangkit, bencana alam, pembangunan modal insan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain. Menteri Luar Australia telah berjanji untuk memberi bantuan kewangan bagi membantu negara-negara ASEAN dalam menangani penyakit berjangkit, termasuk selesema burung. Forum kali ini juga telah meluluskan satu resolusi untuk menubuhkan jabatan khas bagi mengawal senjata pemusnah besar-besaran(WMD) di rantau ini. Penganalisis berpendapat bahawa tindakan tersebut amat bermanfaat bagi kedamaian dan kestabilan serantau.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |