Menurut Agensi Berita Xinhua China, pegawai Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China semasa diwawancara oleh wartawan baru-baru ini menyatakan bahawa kerja pemilihan wakil untuk menyertai Kongres Kebangsaan China ke-17 Parti Komunis China telah dijalankan dengan teliti, dan wakil-wakil tersebut melibatkan pelbagai sektor dan lapisan.
Beliau berkata, berbanding dengan masa dahulu, jumlah wakil daripada peringkat bawah telah meningkat dan ini berfaedah bagi mencerminkan pendapat dan tuntutan pertubuhan dan anggota Parti Komunis China daripada peringkat akar umbi. Selain itu, wakil-wakil tersebut melibatkan pelbagai sektor seperti ekonomi, sains dan teknologi, pertahanan negara, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain, antaranya termasuk buruh, petani, anggota pasukan tentera, juruteknik dan pegawai kerajaan. Di samping itu, jumlah wakil wanita, wakil etnik minoriti dan wakil pemuda juga telah meningkat.
|