v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

ASEAN Telah Menjadi Pertubuhan Serantau yang Tidak Boleh Diketepikan

2007-08-06 17:42:23 CRI

Pada 8 hari bulan Ogos tahun ini, ASEAN akan menyambut ulang tahun ke-40 penubuhannya. Pengarah Pengajian Asia-Pasifik, Institut Pengajian Antarabangsa China Shen Shishun, semasa diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa ASEAN telah menjadi pertubuhan serantau yang tidak boleh diketepikan dalam arena antarabangsa. Hubungan China dengan ASEAN yang saling mempercayai antara satu sama lain dalam bidang politik semakin meningkat. Kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang keselamatan, ekonomi dan perdagangan serta kebudayaan juga semakin meluas.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1976, ASEAN berkembang secara berterusan. Dalam proses tersebut, ASEAN telah menempuh banyak percubaan. Shen Shishun menyatakan bahawa kedudukan dan peranan ASEAN dalam arena antarabangsa sedang meningkat. ASEAN juga berjaya melahirkan imej tersendiri yang baik.

"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN. Peranan dan kedudukannya sedang meningkat. ASEAN telah memperlihatkan pembinaan imejnya sejak ditubuhkan. "Deklarasi ASEAN" dan "Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara" telah menjadi prinsip penting bagi hubungan negara anggota ASEAN."

Banyak anggota ASEAN merupakan negara kecil dan sederhana. Negara-negara tersebut amat mementingkan pembangunan bersama. Shen Shishun berpendapat bahawa pada masa ini, walaupun proses pewujudan komuniti Asia Timur yang mengutamakan integerasi ASEAN masih terkebelakang daripada kawasan yang lain, akan tetapi, ASEAN sedang menghadapi peluang pembangunan yang baik.

"Saya berpendapat kawasan ini menghadapi peluang pembangunan yang baik: pertama, pertubuhan itu terus berkembang. Menjelang akhir tahun ini, Piagam ASEAN mungkin akan diluluskan dan ini pasti akan menggalakkan pembangunan ASEAN. Kedua, integrasi ekonomi serantau dan pembangunan kawasan perdagangan bebas merupakan arah aliran dunia. ASEAN sedang gigih mendorong proses tersebut. Situasi antarabangsa dan serantau berfaedah bagi pembangunan ASEAN."

China telah menjalin hubungan dialog dengan ASEAN pada tahun 1991. Dalam tempoh 16 tahun yang lalu, hubungan yang saling mempercayai antara China dengan ASEAN dalam bidang politik terus meningkat. Kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang keselamatan, ekonomi dan perdagangan serta kebudayaan juga semakin meluas.

"Dalam tempoh 16 tahun yang lalu, China dan ASEAN telah menyedari akan keakraban hubungan mereka. Maka, pertama, hubungan yang saling mempercayai dalam bidang politik harus ditingkatkan. Pemimpin China dan ASEAN juga kerap kali mengadakan lawatan antara satu sama lain. Kedua, kerjasama dalam bidang keselamatan juga ditingkatkan dengan ketara. Ketiga, kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan amat berhasil. Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan siap dibangunkan pada tahun 2010. Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak terus meningkat. Pelaburan juga memperlihatkan trend yang baik."

Shen Shishun berpendapat bahawa pada beberapa tahun kebelakangan ini China dan ASEAN telah mencapai kejayaan dalam pertukaran kebudayaan.

"China dan ASEAN telah menggunakan peluang untuk mengadakan Sidang Kemuncak China-ASEAN. Pemimpin 10 negara anggota ASEAN telah berkumpul di Nanning, merumuskan kejayaan yang dicapai oleh Chian dan ASEAN dalam 15 tahun yang lalu dan menggubal kertas biru bagi mengembangkan hubungan ASEAN-China pada masa depan."

Shen Shishun menyatakan bahawa seiring dengan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang yang semakin bertambah, hubungan antara China dengan ASEAN juga akan terus berkembang.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |