v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerja Persiapan untuk Sukan Olimpik 2008 Berjalan dengan Lancar

2007-08-06 17:10:41 CRI

8 hb Ogos nanti ialah kira detik Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008. Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China pada hari ini, dua orang Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing, Wang Wei dan Jiang Xiaoyu telah memaklumkan kemajuan-kemajuan terkini yang dicapai dalam kerja persiapan untuk penganjuran Sukan Olimpik pada tahun depan.

Wang Wei dalam sidang akhbar itu berkata: "Penganjuran Sukan Olimpik yang mempunyai keistimewaan dan bertaraf tinggi merupakan janji yang telah kami buat terhadap seluruh dunia dan juga hasrat bersama kerajaan dan rakyat China."

Dimaklumkan, pertandingan Sukan Olimpik Beijing akan diadakan di 37 stadium. Sekarang, Stadium Pusat Olimpik bandar Qinghuangdao, Stadium Pusat Olimpik bandar Shenyang dan Padang Ekuestrian Hong Kong telah selesai dibina. Projek pembinaan struktur utama bagi 12 stadium baru seperti Stadium Negara, dan Pusat Renang Negara di Beijing telah diselesaikan. Sebanyak 11 buah projek pembaikpulihan dan perluasan serta 8 projek sementara telah dimulakan. Selain Stadium Negara akan selesai dibina pada awal tahun 2008 bagi upacara perasmian, stadium-stadium yang lain akan selesai dibina menjelang penghujung tahun 2007.

Kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing telah mendapat sokongan dan panduan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan diberi perhatian sepenuhnya oleh kerajaan pelbagai peringkat China. Pelbagai kerja persiapan berkenaan telah berjalan dengan lancar pada umumnya."

Selain itu, kerja persiapan untuk penganjuran Sukan Olimpik Beijing juga telah mendapat sokongan dan penyeratan secara meluas daripada kalangan masyarakat China dan penduduk Beijing.

Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Jiang Xiaoyu dalam sidang akhbar hari ini memaklumkan: "Penganjuran Sukan Olimpik merupakan peluang yang amat baik untuk mendorong pembangunan perbandaran dan pertumbuhan ekonomi Beijing dan turut akan meningkatkan pembinaan infrastruktur dan tahap modenisasi bandar raya Beijing."

Alam sekitar tetap merupakan satu isu yang difokuskan oleh pihak media dalam proses persiapan untuk penganjuran Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008. Sejak tahun 1998, kerajaan Beijing telah meningkatkan usaha untuk menangani pencemaran alam sekitar, terutamanya pencemaran udara dan telah mencapai kemajuan yang ketara. Wang Wei menyatakan: "Kualiti udara Beijing sempena penganjuran Sukan Olimpik Beijing akan dipasikan terjamin dalam keadaan yang amat baik. Hal ini bukan sahaja penting bagi upacara perasmian Sukan Olimpik, tetapi juga amat penting bagi kesihatan para atlet dan penduduk Beijing."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |