v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Abdullah Ahmad Badawi Seru Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Malaysia Tingkat Kerjasama Jayakan Pembangunan
2007-08-09 11:43:26 CRI

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam semalam di Kuantan negeri Pahang Malaysia menyeru wakil-wakil rakyat Malaysia meningkatkan kerjasama dengan pegawai-pegawai kerajaan bagi menjayakan setiap program dan projek pembangunan yang dilaksanakan.

Demikian dikatakan oleh beliau ketika berucap pada majlis jamuan makan malam bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) seluruh Malaysia.

Beliau menyifatkan kedua-dua pihak sebagai "barisan hadapan" negara dalam pembangunan. Menurut beliau kerjasama padu kedua-dua pihak amat penting bagi menjayakan hasrat negara menjadi sebuah negara maju dalam pelbagai bidang selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Abdullah Ahmad Badawi turut mengulangi kenyataan pentingnya soal pembangunan modal insan kerana tanpanya negara tidak akan dapat mencapai pembangunan yang tinggi mutunya. Beliau turut memberikan contoh pembangunan industri kelapa sawit di Malaysia yang ternyata mendapat perhatian daripada negara-negara luar terutamanya dari negara-negara yang sedang membangun.

Beliau berkata kejayaan Malaysia amat dikagumi negara luar dan bersedia berkongsi pengalaman dan ideanya dengan negara-negara berkenaan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |