v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lee Hsien Loong: Singapura Terus Makmur Tahun Ini
2007-08-09 12:56:37 CRI

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong malam semalam menyatakan bahawa Singapura terus menikmati kemakmuran pada tahun ini, dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.6 peratus dalam enam bulan pertama ini - lebih baik daripada yang dijangkakan.

Demikian dikatakan oleh beliau dalam amanat Hari Kebangsaan yang disiarkan malam semalam.

Menurut Lee Hsien Loong, perkembangan Singapura bukan hanya kerana ia mempunyai lebih banyak pelaburan atau lebih ramai pekerja tetapi kerana rakyatnya kini semakin cekap menyesuaikan diri dengan perubahan dan bekerja dengan lebih bijak. Beliau berkata banyak perubahan tersebut akan menjadikan Singapura lebih bertenaga, dan kerajaan juga sedang berusaha mewujudkan sekitaran hidup kelas pertama untuk semua rakyat Singapura, dengan menyegarkan estet-estet HDB, menghubungkan seluruh pulau ini dengan sistem pengangkutan bermutu tinggi, serta melengkapkan setiap rumah dengan Internet berkelajuan tinggi.

Namun, di sebalik semua ini, Lee Hsien Loong juga mengingatkan warga setempat terhadap satu cabaran genting iaitu jurang pendapatan yang terus membesar. Menurut beliau, demi mengatasi masalah ini, kerajaan telah berusaha merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, di samping memperbaiki jaringan keselamatan sosial menerusi skim-skim seperti Comcare.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |