Menurut berita CRI, Harian Renminribao China yang diterbitkan hari ini telah mengeluarkan rencana pengulas yang mengimbas kembali pembangunan China dalam lima tahun yang lalu sejak Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China.
Dalam rencana tersebut dinyatakan bahawa pada lima tahun yang lalu, masalah pekerjaan, jaminan sosial, perubatan, pendidikan dan keselamatan pekerjaan yang menjadi perhatian orang awam sedang diselesaikan.
|