Menurut berita CRI, atas undangan Kementerian Pelajaran Malaysia, delegasi Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) dari China telah memulakan lawatan di Malaysia hari ini.
Delegasi tersebut terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar jurusan bahasa Melayu BFSU, kesemuanya 54 orang. Dalam lawatan tersebut, mereka akan melawat ke institusi-institusi pendidikan tempatan, tempat bersejarah selain menyertai program rumah angkat.
Menurut pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, lawatan kali ini diharap dapat membantu mewujudkan kerjasama bahasa serta menyemai dan menyuburkan semangat integrasi, menghargai nilai estetika seni, budaya dan warisan bangsa di antara Malaysia dengan China, terutamanya dalam kalangan pemuda.
Lawatan tersebut akan berlangsung selama 14 hari, iaitu bermula dari 23 Ogos hingga 5 September nanti.
|