Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang diadakan semalam telah memutuskan bahawa Sidang Pleno Ke-7 Jawatankuasa Pusat Ke-16 Parti Komunis China akan diadakan di Beijing pada 9 Oktober. Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China akan menyerahkan cadangan kepada sidang pleno tersebut bahawa Kongres KebangsaanKe-17 Parti Komunis China diadakan di Beijing pada 15 Oktober.
Sidang Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China telah menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China akan mengumpulkan kerja dalam tempoh lima tahun selepas Kongres Kebangsaan Ke-16 diadakan serta pengalaman dalam pembangunan sosialisme yang bercirikan China sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan dan mengadakan penyusunan strategik secara menyeluruh bagi mendorong pembaharuan dan buka pintu serta pembangunan modenisasi sosialisme China. Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China juga akan memilih Jawatankuasa Pusat dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Parti Komunis China.
|