v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar China ke Malaysia: Perkhidmatan Perubatan Tradisional China di Malaysia Berprospek Cerah
2007-08-29 17:30:16 CRI

Menurut berita CRI, Duta Besar China ke Malaysia, Cheng Yonghua semalam menyatakan bahawa perkembangan perkhidmatan perubatan tradisonal China di Malaysia berprospek cerah sekali.

Demikian dinyatakan oleh beliau semasa diwawancara oleh wartawan CRI dalam majlis sambutan ulang tahun ke-5 pembukaan kedai Tong Ren Tang di Kuala Lumpur semalam.

Duta Besar China ke Malaysia, Cheng Yonghua berucap dalam Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Pembukaan Kedai Tong Ren Tang di Malaysia

Kata beliau, penduduk keturunan Cina di Malaysia berjumlah lebih enam juta orang. Mereka lebih mengetahui kebaikan perubatan tradisional China. Diyakini bahawa lebih ramai orang daripada bangsa yang lain di Malaysia seperti kaum Melayu dan India akan lebih memahami dan sudi memilih perubatan tradisional China dari semasa ke semasa.

Tambah beliau, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam seperti hutan semula jadi. Beliau berharap agar lebih banyak perusahaan China dapat datang ke sini bagi menerokai bidang tersebut bersama-sama dengan perusahaan tempatan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |