v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Delegasi Mahasiswa BFSU Melawat DBP Malaysia
2007-08-30 15:37:45 CRI

Menurut berita CRI, Delegasi Mahasiswa Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia pada 29 Ogos hingga 30 Ogos ini.

Dalam lawatan di DBP selama satu hari setengah itu, pelbagai program telah diatur, para pelajar BFSU telah menjalani ujian penilaian bahasa Melayu, mengikuti ceramah bahasa "Kesantunan Bahasa: Gelaran dan Rujukan" serta belajar nyanyian dan tarian Melayu dan permainan rakyat dengan warga DBP.

Selain daripada itu, persembahan kebudayaan oleh mahasiswa BFSU akan diadakan di DBP petang ini. Majlis persembahan itu akan dihadiri oleh Yang Berbahagia, Ketua Pengarah DBP, Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah.

Delegasi yang terdiri daripada 48 orang pelajar dan empat orang pensyarah dari BFSU ini menjadi tetamu kepada kerajaan Malaysia, khususnya Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia sempena sambutan ke-50 kemerdekaan Malaysia.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |