Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China yang akan diadakan tidak lama lagi mengalu-alukan wartawan dari China dan luar negara untuk membuat liputan.
Dimaklumkan wartawan dari Hong Kong dan Makau boleh mengemukakan permohonan untuk membuat liputan terhadap kongres tersebut melalui Jabatan Kerajaan Pusat di Hong Kong dan Makau. Wartawan dari Taiwan boleh mengemukakan permohonan melalui Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China. Manakala, wartawan asing boleh mengemukakan permohonan melalui kedutaan besar di negara China. Penerimaan permohonan liputan itu dimulakan pada 31 Ogos dan berakhir pada 9 Oktober akan datang.
Sempena kongres itu diadakan, pusat media akan ditubuhkan di Beijing, dan akan mengadakan sidang akhbar dan sidang taklimat untuk wartawan dari dalam dan luar negara.
|