v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Malaysia Sambut Hari Kebangsaan ke-50 secara Besar-besaran
2007-08-31 14:59:27 CRI

Menurut berita CRI, hari ini merupakan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia. Pelbagai acara sambutan kemerdekaan ke-50 Malaysia telah mencapai kemuncak di seluruh negara hari ini dan diadakan dalam suasana yang cukup meriah dengan acara perbarisan dan perarakan penuh semangat yang melibatkan segenap lapisan rakyat tempatan yang berbilang kaum dan agama.

Perarakan yang melibatkan semua agensi kerajaan, swasta, NGO, pasukan keselamatan dan sebagainya telah diadakan di Dataran Merdeka dengan penuh gilang-gemilang di Kuala Lumpur pagi tadi. Perbarisan hari kebangsaan yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisurinya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri dan pemimpin-pemimpin serta wakil-wakil daripada 46 negara selain duta-duta asing.

 

Sejak pukul lima pagi, beribu-ribu orang pengunjung telah membanjiri laluan utama berhampiran dengan Dataran Merdeka bagi menyambut jubli emas kemerdekaan Malaysia.

Cuaca yang baik memeriahkan lagi sambutan yang menggabungkan corak budaya Malaysia yang berwarna warni dengan tema utama "Malaysiaku Gemilang" yang menggambarkan rasa syukur rakyat Malaysia atas nikmat keamanan dan pembangunan pesat negara ini.

Delegasi Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) yang terdiri daripada 48 orang pelajar jurusan bahasa Melayu dan 4 orang pensyarah dari China telah menghadiri upacara yang bersejarah itu sebagai tetamu kerajaan Malaysia.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |