v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Delegasi Mahasiswa BFSU Sertai Program "Anak Angkat" di Malaysia
2007-09-02 17:14:16 CRI

Menurut berita CRI, Program "Anak Angkat" telah diadakan sempena lawatan mahasiswa Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) ke Kampung Puah Lembah, Kuala Lumpur semalam.

Kesemuanya 48 orang pelajar pengajian bahasa Melayu, BFSU dari China telah ditempatkan di rumah keluarga angkat, iaitu seramai 15 buah keluarga dari Kampung Puah Lembah berkenaan, manakala pelajar yang menjadi anak angkat masing-masing antara dua hingga enam orang bagi setiap keluarga.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim telah menemui para pelajar dari China di Kampung Puah Lembah pagi tadi. Semasa diwawancara oleh wartawan CRI, Datuk Seri Dr. Rais telah memberi pandangan yang positif terhadap program anak angkat ini. Kata beliau, program ini merupakan satu usaha yang merapatkan komuniti antarabangsa dan harus diberi galakan dan diteruskan dari semasa ke semasa.

Dalam program yang akan berlangsung selama empat hari itu, pelbagai aktiviti termasuk kenduri, gotong royong, permainan rakyat, aktiviti sukan dan persembahan akan diadakan bagi menyediakan peluang kepada para pelajar China supaya mendekati, memahami dan menghayati kebudayaan masyarakat tempatan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |