v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cheng Yonghua Harap Mahasiswa Pengajian Bahasa Melayu BFSU Beri Sumbangan kepada Kerjasama dan Pertukaran China-Malaysia
2007-09-03 15:24:22 CRI

Duta Besar China ke Malaysia, Cheng Yonghua (kanan) telah menerima kunjungan daripada Delegasi BFSU.

Duta Besar China ke Malaysia, Encik Cheng Yonghua telah menerima kunjungan daripada Delegasi Mahasiswa Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) yang terdiri daripada empat orang pensyarah dan 48 orang pelajar di Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam pertemuan dengan para pensyarah dan mahasiswa Jurusan Pengajian Bahasa Melayu, BFSU, Encik Cheng Yonghua telah menyatakan bahawa lawatan delegasi mahasiswa BFSU ke Malaysia kali ini merupakan satu peluang yang amat berharga bagi pelajar-pelajar China yang mempelajari pengajian bahasa Melayu kerana mereka dapat mendekati dan menghayati kebudayaan dan masyarakat Melayu. Dan ini juga satu pengalaman yang cukup istimewa bagi pelajar China kerana dapat menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-50, peristiwa yang bersejarah ini dengan mata sendiri.

Tambah beliau, pada tahun-tahun kebelakangan ini, perkembangan hubungan China-Malaysia semakin hari semakin luas dan mendalam, Beliau berharap generasi muda China, terutamanya mahasiswa yang mengambil jurusan pengajian bahasa Melayu dapat memberi sumbangan kepada kerjasama dan pertukaran antara China dengan Malaysia pada masa akan datang.

Wartawan CRI mewawancara Duta Besar China ke Malaysia, Cheng Yonghua.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |