v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lawatan Mahasiswa BFSU di Malaysia Berakhir
2007-09-04 19:54:34 CRI

Wartawan CRI melaporkan berita bahawa delegasi mahasiswa Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) telah mengakhiri lawatan ke Malaysia hari ini.

Sebagai acara terakhir bagi delegasi mahasiswa BFSU dari China, Majlis Penutup Program "Rumah Angkat" telah diadakan di Kampung Puah Lembah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur petang tadi.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Alimuddin Bin Mohd. Dom bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghadiri majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Dato Alimuddin Bin Mohd. Dom berkata, hubungan antara Malaysia-China perlu ditingkatkan lagi dan ini merupakan tanggungjawab semua orang termasuk pelajar-pelajar dari China.

Kata beliau, kedatangan pelajar-pelajar China ke Kampung Puah Lembah merupakan pengalaman yang sangat luas dan istimewa yang tidak boleh diperoleh daripada buku.

Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka peluang kepada pelajar-pelajar China untuk menyertai program serupa pada masa akan dating.

Semasa diwawancara oleh wartawan CRI, Dato Alimuddin turut memberi keyakinan bahawa pertukaran pendidikan dan kebudayaan serupa akan mengukuh lagi hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |