Menurut Agensi Berita Xinhua China, Jabatan Statistik Negara China semalam memaklumkan bahawa pembangunan sosioekonomi China telah mencapai kejayaan yang luar biasa, kekuatan bersepadu negara telah meningkat, kedudukan antarabangsa China telah meningkat dengan ketara dan pembangunan masyarakat yang selesa yang menyeluruh juga telah mencapai kemajuan yang baru sejak Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China.
Dimaklumkan bahawa pertumbuhan ekonomi China telah meningkat secara berterusan, mantap dan pesat sejak Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China. Jumlah pendapatan perkapita keseluruhan penduduk mencapai taraf yang sama dengan negara yang jumlah pendapatannya yang sederhana.
Taraf kehidupan penduduk di bandar dan desa China telah meningkat dan dibaiki, dan penduduk awam mendapat lebih banyak keuntungan melalui pelaksanaan dasar pembaharuan dan pembangunan negara.
|