v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rakyat China Menaruh Harapan Tinggi terhadap Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China

2007-09-20 15:35:07 CRI

Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China akan diadakan di Beijing pada bulan depan. Kongres tersebut merupakan sidang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pembaharuan di China dan akan menggalakkan seluruh rakyat serta anggota Parti Komunis China agar berusaha untuk membangunkan China. Tokoh masyarakat China dalam pelbagai bidang menanti-nantikan dan menaruh harapan tinggi terdahap kongres tersebut.

Puan Chen Fan dari Beijing telah berkata: "Kami berharap agar para wakil yang menyertai Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China itu akan dapat membincangkan dan mengadakan kajian terhadap masalah yang berkaitan dengan rakyat. Misalnya, masalah pekerjaan untuk graduan universiti, masalah harga rumah, masalah perubatan untuk rakyat dan lain-lain. Kami berharap agar kongres tersebut dapat memberi faedah kepada rakyat."

Harga rumah, persekolahan dan perubatan merupakan tiga masalah yang utama bagi rakyat China. Majalah "Mingguan Ekonomi China" baru-baru ini telah menerbitkan sebuah rencana yang bertajuk "Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China akan berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat.

Profesor Chen Xuewei dari Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China menyatakan bahawa kongres tersebut akan memberi lebih banyak faedah kepada rakyat. Beliau berkata: "Para peserta akan membincangkan fokus pembangunan China dalam tempoh 8 hingga 13 tahun yang akan datang. Selain itu, mereka akan menumpukan perhatian terhadap beberapa masalah yang penting dalam pembangunan dan pembaharuan di China, termasuk pembangunan di desa dan cara pertumbuhan ekonomi. China akan membuat penyusunan semula cara pertumbuhan ekonomi daripada yang berkepesatan tinggi dan jumlah peruntukan yang tinggi namun keberkesanannya rendah kepada keseimbangan antara manusia dengan alam, keseimbangan antara masyarakat dengan ekonomi serta keseimbangan antara bandar dengan desa.

Profesor Chen Xuewei menyatakan bahawa setelah Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China diadakan, China telah berusaha untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan rakyat. Misalnya, kerajaan China telah memusnahkan yuran persekolahan terhadap pendidikan wajib di desa, dasar tersebut telah memberi faedah kepada 150 juta keluarga di desa. Selain itu, percubaan sistem perubatan kerjasama di desa juga telah meliputi lebih 80% bandar dan daerah di China. Kerajaan pusat telah mengadakan penyelidikan tentang keadaan perumahan rakyat di pelbagai tempat di China dan akan menggubal dasar baru untuk menjamin rakyat mampu memiliki rumah.

Presiden China Hu Jintao baru-baru ini telah menegaskan bahawa kerajaan China harus mengetahui keperluan yang baru dalam pembangunan dan harapan rakyat, menyimpulkan pengalaman dalam pentadbiran negara, menggubal dasar yang bersesuaian dengan hasrat rakyat, memimpin rakyat untuk terus meningkatkan taraf hidup serta meningkatkan pembangunan modenisasi sosialis.

Pakar ekonomi yang terkenal di China, Encik Yi Xianrong menyatakan bahawa walaupun program tindakan dan dasar pentadbiran negara yang baru daripada Parti Komunis China akan dikemukakan secara rasmi sempena Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China diadakan, namun sebahagian isi program tindakan dan dasar tersebut sedang dibincangkan atau dikemukakan secara berturut-turut. Sebagai pakar ekonomi, Encik Yi Xianrong berharap agar kongres tersebut dapat menstandardkan bursa saham untuk memberi faedah kepada rakyat. Beliau berkata: "Risiko hartanah dan bursa saham merupakan dua masalah penting yang dihadapi oleh China setelah Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China diadakan. Kalau kongres kali ini berjaya menyelesaikan kedua-dua masalah tersebut, ekonomi China akan dapat berkembang secara stabil dan berterusan."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |