Bermula pada minggu lepas, Jabatan Statistik Negara China telah mengumumkan siri laporan tentang pembangunan sosioekonomi China sejak tahun 2002. Statistik tersebut menunjukkan bahawa ekonomi China sedang bertumbuh secara mapan dan pesat. Di samping itu, cara pertumbuhannya juga telah mengalami perubahan yang besar.
Sejak tahun 2003, ekonomi China telah bertumbuh dengan kadar lebih 10% dalam tempoh 4 tahun secara berturut-turut. Kepesatan pertumbuhan ekonomi China setahun ialah dua kali ganda berbanding dengan pertumbuhan ekonomi dunia. Pertumbuhan ekonomi China bukan sahaja pesat, tetapi juga agak mapan, malah kejayaan ekonomi China tersebut dipandang sebagai "keajaiban dalam pertumbuhan ekonomi dunia".
Pada tahun 2006, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China telah mencecah 21 ribu bilion yuan RMB dan meningkat satu kali ganda berbanding dengan tahun 2002. Selain itu, jumlah KDNK China telah menduduki tempat keempat di dunia dan KDNK purata setiap orang mencatat 2000 dolar Amerika.
Dari segi struktur ekonomi, laporan itu menjelaskan bahawa pada lima tahun kebelakangan ini, kekurangan dalam pembangunan ekonomi China telah dibaikkan dan penyelarasan pembangunan kawasan desa dan bandar telah ditingkatkan, terutamanya di kawasan desa China, pelbagai dasar yang bermanfaat bagi kaum petani telah dilaksanakan dan pengeluaran bahan makanan telah ditingkatkan pada tiga tahun secara berturut-turut. Pada masa yang sama, China telah mengambil pelbagai tindakan untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan bahan pencemaran serta mengawal perkembangan industri yang menggunakan tenaga yang banyak dan mengakibatkan pencemaran yang besar. Pada tahun yang lalu, kadar penggunaan sumber tenaga setiap unit KDNK China menurun buat pertama kali dalam yang berterusan kian diberi tumpuan oleh seluruh masyarakat China.
Selain itu, pendapatan kewangan kerajaan China dan keuntungan perusahaan China juga meningkat dengan pesat. Seiring dengan peningkatan pendapatan kewangan, kerajaan China telah memberi bantuan kewangan kepada kawasan yang kurang maju dan meningkatkan subsidi kepada golongan penduduk miskin. Tindakan tersebut telah mendatangkan pelbagai manfaat kepada rakyat China dan taraf hidup mereka juga dapat ditingkatkan.
Berdasarkan laporan tersebut, sejak tahun 2003, ekonomi China meningkat dengan pesat dan mapan dan pertumbuhannya telah menunjukkan satu kecenderungan yang baik.
Namun, statistik tersebut juga menunjukkan bahawa cara untuk mengekalkan pertumbuhan tersebut juga adalah satu cabaran bagi China. Setelah ekonomi China mengalami pertumbuhan yang pesat selama beberapa tahun, ketidakseimbangan pembayaran serta tekanan peningkatan harga barang-barangan semakin menonjol.
Untuk menangani masalah tersebut, kerajaan China telah mengambil tindakan kawalan makro seperti meningkatkan kadar pinjaman wang daripada bank, mengubahsuai dasar perdagangan luar dan lain-lain. Sekarang, tindakan tersebut didapati sangat efektif: pelaburan pada setengah tahun pertama tahun ini mengekalkan peningkatan yang stabil, peningkatan pengeksportan China mula menurun, manakala peningkatan pengimportan China mengekalkan kestabilan.
Walaupun ekonomi China sedang bertumbuh dengan pesat dan stabil, tetapi China masih menghadapi pelbagai masalah, seperti kekurangan produktiviti dan inovasi, ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dengan desa, ketidakselarasan pembangunan ekonomi dengan penggunaan tenaga dan dan lain-lain.
Penganalisis berpendapat bahawa kemampuan kerajaan China untuk mengawal ekonomi makro sedang disempurnakan terus-menerus dan ini telah memberi asas yang kukuh bagi pertumbuhan ekonomi China yang mapan dan pesat. Sekiranya China dapat mengubah konsep pembangunannya dengan lebih lanjut, pastilah China dapat mencapai kemajuan yang lebih besar.
|