Jabatan Penerangan Dewan Negara China telah mengadakan sidang akhbar di Beijing hari ini, Naib Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC), Zhang Zhijun telah memberi taklimat tentang situasi perhubungan Parti Komunis China dengan luar negara serta telah menjawab soalan wartawan. Beliau menyatakan bahawa Parti Komunis China sekarang mengekalkan hubungan persahabatan dengan lebih 400 parti dan pertubuhan politik di dunia.
Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC) merupakan jabatan utama Parti Komunis China yang bertanggungjawab atas perhubungan luar. Dalam sidang akhbar tersebut, Naib Menteri IDCPC, Zhang Zhijun menyatakan bahawa prinsip 4 perkara dalam perhubungan antarabangsa Parti Komunis China adalah berkecuali, sama rata, saling menghormati dan tidak mencampur tangan urusan dalaman antara satu sama lain. Perhubungan Parti Komunis China di peringkat antarabangsa amat hasil daripada pengekalan prinsip tersebut. Beliau berkata:
"Parti Komunis China sekarang telah mengekalkan hubungan persahabatan dengan lebih 400 buah parti dan pertubuhan politik di lebih 160 buah negara dan kawasan di dunia. Parti Komunis China telah memainkan peranan penting bagi meningkatkan persefahaman dan persahabatan serta menggalakkan perkembangan hubungan antara China dengan pelbagai negara."
Menurut statistik, dalam tempoh 5 tahun yang lalu, kira-kira lebih 1,200 delegasi parti negara asing telah mengadakan lawatan ke China, antaranya hampir 200 delegasi itu diketuai oleh pemimpin parti itu. Serentak dengan itu, Parti Komunis China juga telah menghantar lebih 600 delegasi ke luar negara. Zhang Zhijun telah menjelaskan kandungan perhubungan antara Parti Komunis China dengan parti negara asing. Beliau berkata:
"Pertama, pelbagai parti memaklumkan keadaan parti dan negara masing-masing; kedua, Parti Komunis China dan parti luar negara bertukar-tukar pendapat tentang peningkatkan hubungan kedua-dua parti dan penggalakan perkembangan hubungan kedua-dua negara dengan lebih baik; ketiga, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang masalah antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan bersama, dan keempat bertukar-tukar pendapat tentang pengalaman pembangunan parti dan negara."
Diplomasi antara parti merupakan komponen penting bagi diplomasi negara dan telah memainkan peranan yang istimewa dalam meningkatkan persefahaman dan perkembangan hubungan antara negara dengan lebih baik. Tentang hubungan China-Jepun yang menjadi perhatian umum itu, Zhang Zhijun menyatakan bahawa pertukaran lawatan antara parti telah memainkan peranan yang aktif bagi menggalakkan pemulihan dan perkembangan hubungan China-Jepun. Beliau berkata:
"Pada beberapa tahun yang lalu, ketika hubungan China-Jepun menghadapi kesukaran, parti kedua-dua negara tetap memelihara saluran interaksi, ini telah memainkan peranan sebagai pendorong bagi meningkatkan dialog politik dan hubungan yang saling mempercayai antara kedua-dua negara, membatalkan halangan politik dalam hubungan kedua-dua negara serta mewujudkan pemulihan hubungan kedua-dua negara dan mendorong perkembangannya."
Antara parti yang mengekalkan hubungan dengan Parti Komunis China, termasuklah parti komunis dan juga parti demokrasi serta parti sosialis, buruh dan lain-lain. Antaranya ada ahli pemerintah dan juga ada pemimpin parti pembangkang. Sehubungan dengan itu, Zhang Zhijun menyatakan bahawa tindakan sedemikian amat bererti bagi mengekalkan perkembangan hubungan yang stabil antara China dengan negara-negara tersebut serta meningkatkan persefahaman antara Parti Komunis China dengan dunia luar.
|