Menurut Agensi Berita Xinhua, Jabatan Statistik Negara China mengeluarkan laporan semalam bahawa, sejak tahun 2002, jumlah permohonan paten dan pendaftaran paten China masing-masing meningkat kira-kira 20% setahun. Ini menandakan daya inovasi China semakin meningkat, dan suasana perlindungan harta intelek diperbaiki.
Laporan itu berbunyi bahawa dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, peruntukan terhadap sains dan teknologi China terus meningkat, kajian asas di China diperkuat, industri teknologi tinggi berkembang dengan pesat, dan telah mengeluarkan sejumlah hasil kajian yang penting. Antaranya, siri kapal angkasa lepas "Shenzhou" yang direk bentuk dan dihasilkan oleh China sendiri telah berjaya dilancarkan. Ini menandakan China telah mencapai taraf maju di dunia dalam bidang sains dan teknologi.
|