v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Tingkatkan Perkhidmatan Kesihatan Awam

2007-10-08 15:51:49 CRI

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah berusaha untuk menyempurnakan perkhidmatan kesihatan awam agar semua rakyat akan mendapat manfaat daripada usaha tersebut. Taraf kesihatan rakyat China juga kian meningkat. Sistem perubatan kerjasama telah menyediakan perlindungan kepada yang semakin ramai penduduk di kawasan desa China. Perkhidmatan kesihatan di kawasan perumahan bandar turut berkembang pesat, insurans perubatan asas penduduk di bandar dan pekan juga dijalankan dengan lancar.

Puan Huang Haixia merupakan seorang petani di luar bandar Shanghai. Sejak mengidap penyakit kronik, beliau selalu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan doktor dan membeli ubat. Di hospital, Puan Huang Haixia selalu perlu menunggu lama, keadaan ini amat menyusahkannya. Tidak lama dahulu, kawasan perumahannya telah memperkenalkan perkhidmatan rawatan doktor di rumah, ini amat memudahkan beliau untuk mendapatkan rawatan membeli ubatnya.

Sistem rawatan doktor di rumah tersebut termasuk pekhidmatan diagnosis, rawatan, pemeriksaan kesihatan, tuntutan bayaran perubatan kerjasama desa, perkhidmatan kesihatan untuk kaum wanita dan kanak-kanak, pencegahan dan kawalan terhadap penyakit jangkitan serta penyakit kronik dan lain-lain. Puan Huang Haixia berkata: "Doktor amat mesra dan ramah-tamah. Apabila kami jatuh sakit, doktor akan segera menyediakan perkhidmatan rawatan untuk kami. Mereka telah menyediakan ubat-ubtan yang biasa di rumah kami. Kami amat gembira kerana diberi perhatian yang semakin tinggi oleh kerajaan pada tahun-tahun kebelakangan ini."

Perkhidmatan doktor di rumah tersebut merupakan satu lagi langkah yang diambil berasaskan sistem perubatan kerjasama yang baru di desa. Selain itu, kerajaan temaptan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan beban perubatan bagi kaum tani termasuk mekanisme mengurangkan bayaran untuk penyakit parah, mekanisme pembantuan untuk penyakit parah, mengurangkan separuh bayaran perubatan untuk warga emas dan lain-lain. Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan daerah Baoshan bandar Shanghai, Encik Li Shihua berkata: "Kami berusaha menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk semua rakyat atas arahan kerajaan pusat serta meningkatkan tahap kesihatan penduduk di bandar dan desa agar membolehkan mereka dapat menikmati hasil pembangunan negara."

Pada masa sekarang, seramai 720 juta orang penduduk di kawasan desa China telah menyertai sistem perubatan kerjasama yang baru. Jumlah tersebut menduduki lebih 80% daripada jumlah keseluruhan penduduk di kawasan desa China. Mereka yang menyertai sistem perubatan tersebut akan membayar 10 yuan RMB sahaja pada setiap tahun. Jika peserta sistem itu jatuh sakit, kebanyakan biaya perubatan akan ditanggung oleh kerajaan. Menteri Kesihatan China, Encik Chen Zhu berrkata: "Jumlah peruntukan daripada kerajaan pusat terhadap sistem kesihatan telah banyak meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Peruntukan tambahan tersebut terutamanya untuk penduduk di kawasan tengah dan barat China. Dalam pengumpulan dana sistem perubatan kerajaan itu, kerajaan pusat menanggung 40% biaya perubatan rakyat, kerajaan tempatan menanggung 40% dan rakyat sendiri menanggung 20% sahaja."

Kerajaan China telah berusaha untuk meningkatkan pembangunan sistem perkhidmatan kesihatan di kawasan perumahan di bandar. Sehingga akhir tahun yang lalu, China telah menubuhkan badan perkhidmatan kesihatan di lebih 23 ribu kawasan perumahan di seluruh negara. Jumlah tersebut telah meningkat kira-kira 50% berbanding tahun 2005.

Selain itu, China telah menjalankan projek percubaan insurans perubatan asas bagi penduduk yang tidak ada kerja di bandar. Pada masa sekarang, terdapat 240 juta orang penduduk di bandar China tidak ada kerja, kebanyakan mereka ialah warga emas dan kanak-kanak.

Naib Menteri Buruh dan Jaminan Sosial China, Encik Hu Xiaoyi berkata: "Projek percubaan tersebut bertujuan untuk menubuhkan dan menyempurnakan sistem insurans perubatan asas bagi penduduk yang tidak ada kerja di bandar. Projek itu dimulakan pada tahun ini dan akan meliputi kawasan yang lebih meluas pada tahun depan dan dua tahun kemudian. Pada tahun 2010, sistem itu akan dilaksanakan di seluruh China."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |