Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pusat Media untuk Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China (CPC) telah dirasmikan pada pagi ini. Seramai 1033 orang wartawan seberang laut dari 258 buah media dari 42 buah negara dan kawasan telah mendaftar nama bagi mengadakan liputan pada masa sekarang, antaranya termasuk 342 orang wartawan dari Hong Kong, Makau dan kawasan Taiwan China.
Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-17 CPC terletak di Hotel Media Beijing. Pusat media itu akan menyediakan perkhidmatan seperti membuat kad wawancara, menangani permohonan liputan, mengeluarkan pengumuman akhbar, mengadakan sidang akhbar dan lain-lain.
|