Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Pleno Ke-7 Jawatankuasa Pusat Ke-16 Parti Komunis China telah diadakan di Beijing hari ini.
Menurut Mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang diadakan baru-baru ini, Sidang Pleno Ke-7 Jawatankuasa Pusat Ke-16 Parti Komunis China akan membincangkan draft laporan Jawatankuasa Pusat Ke-16 kepada Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China, draft Tatacara Parti Komunis China (Pindaan) dan draft laporan kerja Jawatankuasa Pemeriksaan Disiplin Pusat Parti Komunis China.
Dimaklumkan, pelbagai kawasan, pejabat China dan wakil Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China, wakli Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah mengemukakan pandangan dan cadangan tentang draft pelbagai laporan berkenaan dan draft Tatacara Parti Komunis China (Pindaan).