v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Usaha Aktiviti Riadah Rakyat China Berkembang Pesat

2007-10-12 13:13:34 CRI

"Usaha Aktiviti Riadah Rakyat China" ialah sebuah pelan yang disokong oleh negara dan disertai oleh rakyat China. Pelan tersebut dikemukakan oleh kerajaan China pada pertengahan tahun 1990-an. Pada tahun 2002, kerajaan China membuat keputusan untuk merealisasikan keseimbangan perkembangan aktiviti riadah rakyat dengan kemajuan usaha ekonomi dan masyarakat sehingga membentuk sistem perkhidmatan aktiviti riadah yang bercirikan China dan disertai oleh kalangan rakyat pada tahun 2020.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, Feng Jianzhong semasa diwawancara oleh wartawan CRI telah menyatakan bahawa:

"Dewan Negara China telah mengumumkan 'Program Pelan Aktiviti Riadah Rakyat' pada tahun 1995. Menurut program tersebut, rancangan keseluruhan terhadap perkembangan usaha riadah di China dapat dibentukkan. Dalam proses pelaksanaan program tersebut, aktiviti riadah yang diadakan di pelbagai tempat di China merupakan isi kandungan utama dan cara penting bagi usaha aktiviti riadah rakyat China."

Kerajaan pelbagai peringkat di China berusaha untuk menubuhkan sistem perkhidmatan aktiviti riadah rakyat yang bercirikan China dan disertai oleh kalangan rakyat dalam tempoh lima tahun yang lalu. Antaranya usaha yang membina kemudahan sukan di kawasan kediaman penduduk dan menganjurkan aktiviti sukan yang bermacam-macam dalam kalangan rakyat merupakan dua aspek utama.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kerajaan pelbagai peringkat China telah membina lapangan dan kemudahan sukan di kawasan kediaman, lapangan awam dan taman dengan menggunakan dana kebajikan awam tiket loteri sukan. Pembinaan lapangan dan kemudahan tersebut disebut sebagai "Projek Kemudahan Aktiviti Riadah Rakyat". Sejak tahun 2002, kerajaan China telah memperuntukkan dana sejumlah dua billion yuan RMB bagi pembinaan projek tersebut dan membina sebanyak 30 ribu buah kemudahan riadah sehingga keluasan kawasan riadah di seluruh China bertambah 20 juta meter persegi.

Puan Fu Xingxia yang berumur 50 tahun melakukan aktiviti riadah di lapangan sukan dalam kawasan kediamannya pada setiap hari. Beliau berkata bahawa: "Kami berasa kemudahan riadah ini bagus. Terutama bagi orang tua kerana kami boleh memainkan kemudahan sambil menguatkan badan. Kanak-kanak juga dapat bermain bola semasa hari cuti."

Kini, aktiviti sukan di bandar berkembang dengan pesat. Penduduk semakin aktif untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah.

Kerajaan pelbagai peringkat di China juga mementingkan aktiviti sukan di desa. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, penduduk di desa yang diketuai oleh jawatankuasa penduduk desa, kerajaan tempatan dan persatuan sukan petani lain telah mengadakan pelbagai aktiviti riadah yang disukai oleh orang ramai di kalangan rakyat.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, Feng Jianzhong telah menyatakan bahawa: "Misalnya aktiviti "pertandingan bola keranjang antara ribuan kampung" telah diadakan di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi pada tahun 2006. Aktiviti ini telah menarik penyertaan penduduk dari 11 ribu buah kampung di seluruh wilayah. Aktiviti riadah yang disukai oleh orang ramai di kalangan petani bukan sahaja memperkayakan kehidupan kebudayaan masa lapang mereka, malahan juga meningkatkan kesedaran riadah mereka sehingga mendorong perkembangan sukan di desa. "

China juga giat untuk membuat penyediaan bagi Sukan Olimpik 2008 Beijing dalam tampoh lima tahun yang lalu. Pihak berkenaan telah menganjurkan "Aktiviti Riadah Rakyat Seiring Dengan Sukan Olimpik" sehingga sokongan dan perhatian rakyat China terhadap Sukan Olimpik dapat ditukarkan kepada tindakan konkrit dalam aktiviti riadah.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |