Menurut berita CRI, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah ditumpu perhatian oleh media di luar negara. Baru-baru ini, media utama di pelbagai negara telah berturut-turut membuat laporan tentang kemajuan yang dicapai dalam pembangunan China serta arah perkembangannya pada masa akan datang.
Akhbar "Nouvelles D' Europe" Perancis dalam bahasa Mandarin pada 9 Oktober telah menerbitkan artikel yang bertajuk "Masyarakat Cina di Perancis Menumpu Perhatian kepada Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China"pada halaman pertama dan memperkenalkan latar belakang serta laporan yang berkaitan dengan kongres tersebut.
Akhbar "Asahi Shinbun" Jepun dalam artikel yang diterbitkan baru-baru ini telah membuat penghuraian terhadap "konsep pembangunan secara saintifik" yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao. Dalam artikel itu dinyatakan bahawa konsep itu telah memperlihatkan keutamaan yang diberikan oleh kerajaan China kepada usaha perlindungan alam sekitar dan pengurangan jurang berbezaan pendapatan di kalangan masyarakat.
Akhbar "Chosun Ilbo" Republik Korea telah menerbitkan artikel yang bertajuk "Barisan Pimpinan China Makin Muda" semalam. Dalam artikel itu dinyatakan bahawa Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China akan membentuk barisan pimpinan parti yang lebih muda dan bertenaga dan menetapkan hala tuju pembangunan China pada masa akan datang.
Stesen Radio Deutsche Whelle Jerman telah mengeluarkan rencana pengulas baru-baru ini yang berpendapat bahawa perkembangan ekonomi China dalam tempoh 30 tahun yang lalu telah memperlihatkan "kebangkitan sebuah negara besar secara damai".
|