Menurut Agensi Berita Xinhua China, Persidangan Pleno Ke-7 Jawatankuasa Pusat Ke-16 Parti Komunis China telah diadakan pada 9 hingga 12 Oktober ini. Dalam persidangan itu diputuskan bahawa Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China akan diadakan di Beijing pada 15 Oktober ini.
Persidangan itu juga telah mendengar laporan kerja yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao dan meluluskan laporan yang akan diserahkan kepada Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China dan pindaan Perlembagaan Parti Komunis China. Kedua-dua dokumen itu akan dibahaskan dalam Kongres Kebangsaan Parti Komunis China yang akan diadakan.
|