Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China akan dirasmikan di Beijing pada 15 Oktober. Sejak semalam hingga hari ini, lebih 2200 orang wakil dari seluruh negara China telah berturut-turut tiba di Beijing untuk menyertai kongres yang telah menarik perhatian seluruh dunia itu.

Setakat pukul 5.20 petang semalam, lebih 10 delegasi dari Wilayah Autonomi Tibet, Provinsi Sha'anxi, Guizhou, Hubei, Hunan, Gansu, Guangxi, Liaoning dan Henan telah tiba di Beijing.
|