Menurut berita CRI, wakil Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hak Harta Intelek Negara China Tian Lipu semalam menegaskan bahawa membanteras cetak rompak sentiasa merupakan pendirian kukuh China.
Encik Tian Lipu berkata demikian semasa menerima wawancara di Radio Antarabangsa China (CRI) semalam atas undangan.
Encik Tian Lipu berkata, sejak Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China diadakan pada 5 tahun yang lalu, usaha perlindungan China terhadap hak harta intelek telah mencapai kemajuan yang ketara, sistem undang-undang mengenai perlindungan hak harta intelak beransur-ansur disempurnakan, sejamlah besar penciptaan, penggunaan dan pengedaran mengenai harta intelek telah mencapai taraf tinggi di seluruh dunia.
Beliau menegaskan bahawa China mengalu-alukan kerjasama antarabangsa dalam bidang perlindungan hak harta intelak dan menyokong sikap yang berdialog dan bekerjasama untuk menyelesaikan perselisihan, tetapi bukan saling mengkritik.
|